Kategori Berita Antarabangsa

Jet Mesir musnahkan kenderaan serang Masjid Rawdah

25 NOV: Pesawat penggempur tentera udara Mesir memusnahkan kenderaan yang digunakan dalam serangan masjid di Sinai dan lokasi dipercayai depot simpanan senjata dan peluru ‘pengganas’, kata seorang jurucakap tentera semalam.

Pesawat berkenaan memusnahkan beberapa kenderaan yang digunakan dalam serangan itu,” kata jurucakap, Tamer el-Refai.

Tambahnya, tentera turut ‘menyasarkan lokasi simpanan senjata dan peluru pengganas’.

Dalam kejadian awal pagi Sabtu waktu tempatan, angka kematian insiden letupan bom di Masjid al-Rawdah di bandar Arish, Mesir meningkat kepada 235 orang, lapor stesen televisyen tempatan.

Menurut sumber rasmi tempatan, sebutir bom diletupkan di kawasan masjid yang penuh sesak dengan orang ramai yang hadir menunaikan solat Jumaat.

Dan ketika mereka yang terselamat cuba untuk menyelamatkan diri, sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan pengganas melepaskan tembakan secara melulu kepada orang ramai.

Pihak keselamatan menjangkakan angka kematian mungkin meningkat lebih tinggi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 November 2017 9:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: