Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jet pejuang TUDM terputus hubungan dikhuatiri hilang

15 JUN: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang selepas terputus hubungan pada jam 11.30 pagi hari ini, setengah jam setelah jet itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan.

Pesawat jenis Hawk 108 itu dipercayai hilang semasa terbang di sempadan Terengganu dan Pahang di utara Kuantan, kata TUDM dalam satu kenyataan.

“Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

TUDM mempunyai enam pesawat jenis Hawk 108 yang mempunyai dua tempat duduk yang digunakan sebagai pesawat latihan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 June 2017 2:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: