Kategori Berita Utama

Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi & Beras dilancar

16 JAN: Inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi dan Beras dilancarkan pada Khamis dengan harapan membolehkan pesawah di seluruh negara menikmati pendapatan lebih tinggi serta mengelakkan mereka terus menjadi mangsa penindasan orang tengah.

Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika Majlis Pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob di Kepala Batas, Pulau Pinang, tidak lama dulu.

Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika Majlis Pelancaran Teknologi Pengeluaran Padi Aerob di Kepala Batas, Pulau Pinang, tidak lama dulu.

Inisiatif jihad dilancarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu ppihaknya menubuhkan Pusat Belian Padi diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dibawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang, MADA dan KADA bersama BERNAS.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah ini juga akan diperluaskan ke sub sektor lain iaitu perikanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Langkah meminimumkan peranan orang tengah ini juga diambil sebagai strategi bagi menurunkan harga borong bekalan komoditi pertanian, terutamanya manakan dan keperluan asas, sekaligus membendung peningkatan harga runcit di pasaran pengguna.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 January 2014 12:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: