Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jika BN menang, Selangor bermain di Shah Alam

12 FEB: SKUAD bola sepak Selangor akan bermain semula di Stadium Shah Alam sekiranya BN menang di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan itu keerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

“Stadium Shah Alam kita akan serahkan balik kepada pasukan The Red Giants,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Kampung Ulu Chucuh, di Sepang, Ahad.

Pasukan Selangor dinafikan beraksi di Stadium Shah Alam susulan masalah antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016, menyebabkan pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi gelanggang tuan rumah pasukan Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Pada masa sama, Najib berkata beliau juga akan memastikan hak Majlis Belia Negeri Selangor terhadap Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam turut dikembalikan jika BN menang di negeri itu pada PRU14.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor Noh Omar ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganaktirikan belia di negeri berkenaan.

“Kalau Belia 4B bangkit memastikan kemenangan BN di Selangor, BN akan pulangkan semula kompleks belia kepada belia.

“Kalau hari ini BN menang, Stadium Shah Alam pun akan diserahkan semula kepada pasukan The Red Giants,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 10:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: