Kategori Berita Utama

Jika bukan RM15juta, berapa tuntutan elaun Anwar?

30 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menyatakan jumlah sebenar tuntutan elaun dan sebagainya yang dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Ini kerana beliau sudah menafikan dan menyatakan pendedahan beberapa blog kononnya tuntutan elaun Anwar sepanjang 2012 berjumlah RM15 juta adalah tidak  betul.

Difahamkan walaupun Anwar menuntut gaji RM1 sahaja bagi tugas berkenaan tetapi elaun dan bayaran lain dijelaskan oleh Perbadanan Menteri Besar.

khalidanwar

RAKYAT Selangor perlu tahu berapa elaun perbelanjaan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi.

Bagi membuktikan kerajaan Selangor telus seperti selalu dikatakan Khalid, rakyat negeri itu perlu dimaklumkan perbelanjaan sebenar Ketua Pembangkang itu sepanjang tempoh menjawat Penasihat Ekonomi.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa’ Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

“Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

“Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada,” katanya.

Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan  perbelanjaan makan serta minum.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2013 12:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: