Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jika Kedah juara, pemain dapat RM50,000, rakyat cuti

4 NOV: Para pemain bakal menerima RM50,000 setiap seorang, manakala cuti khas akan dinikmati rakyat negeri Jelapang Padi jika pasukan bolasepak Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Skuad hijaukuning itu akan bertemu JDT dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pemberian ganjaran yang dipersetujui itu adalah 100 peratus kenaikan berbanding tahun lalu.

“Tapi kita tahu kesungguhan semua pemain yang sudah memberikan sepenuh komitmen dan sekiranya malam ini kita berjaya menang, pihak pengurusan bersetuju untuk ‘double up’ kepada RM50,000.

“Dan kalau kita menang, esok kita isytiharkan cuti umum satu hari,” kata Bashah yang juga Menteri Besar Kedah hari ini di Shah Alam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 November 2017 5:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: