Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jika saya pun tak dapat, bagaimana orang ramai?

2 JUN: Apa yang saya cuba katakan adalah jika sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional, untuk mendapatkan maklumat pun begitu sukar, itulah luahan kecewa Naib Presiden GERAKAN Dominic Lau.

“Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan penjelasan atau maklumat dengan mudah?” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan, Kuala Lumpur, Jumaat.

Reaksi kecewa jelas terpamer di wajah beliau apabila usahanya untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut berhubung program sarjana muda kejuruteraan yang ditawarkan oleh Universiti Malaya dengan bayaran RM90,000 menemui jalan buntu.

Katanya, beliau telah mencuba tetapi tidak berjaya setakat ini untuk bertemu dengan ahli-ahli pentadbiran universiti berkenaan.

Beliau sebelum ini membidas program “pengambilan terus” sarjana muda fakulti kejuruteraan UM yang mengenakan yuran tuisyen RM90,000, iaitu kira-kira 10 kali ganda daripada kadar subsidi.

Program “pengambilan terus” yang ditawarkan itu adalah dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), sebuah sayap swasta UM.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menegaskan tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA)

Penafian yang dibuat itu sekaligus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan fakulti kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 6:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: