Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jika tidak bacul hantar notis berhimpun 31 Dis

26 DIS: Lima hari lagi menjelang 31 Disember, malam sambutan tahun baru dan ketika ada pihak tidak bertanggungjawap mahu menangguk di air keruh menganjurkan perhimpunan menggulingkan kerajaan, PAS tampil menegaskan parti itu tidak pernah berhasrat untuk menumbangkan kerajaan dengan cara demikian.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, PAS tetap komited dengan amalan demokrasi melalui pilihanraya dan tidak akan memilih cara demonstrasi di jalanraya untuk menjatuhkan kerajaan.

Pelbagai bentuk dan corak poster yang menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan haram pada malam 31 Disember ini.

Pelbagai bentuk dan corak poster yang menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan haram pada malam 31 Disember ini.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan.

“Kalau parti politik macam PAS pun tidak pernah terfikir hendak menggulingkan kerajaan di luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar,” kata Mat Sabu.

Beliau berkata demikian dalam ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di perkarangan Kompleks PAS Pokok Sena, Kedah Rabu malam.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik,” katanya bagi menolak kaitan PAS dengan rancangan mengadakan perhimpunan guling kerajaan di Dataran Merdeka malam 31 Disember nanti.

Dua hari lalu, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Muhamad Azan Safar, 24, ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Muhamad Azan, ditahan di sebuah restoran di Kampung Baru, disiasat mengikut Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi, dan dibebaskan jam 6 petang Selasa dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai direkodkan.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, Muhamad Azan yang berasal dari Terengganu ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Jumaat lalu.

“Penahanannya juga ada kaitan dengan satu rancangan mengadakan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan,” kata Khairi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata setakat Rabu polis belum menerima sebarang notis pemberitahuan daripada penganjur perhimpunan Himpunan Guling Kerajaan.

Penganjur melanggar Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 jika tidak mengemukakan sebarang notis mengadakan perhimpunan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum ia diadakan, kata Zainuddin.

“Penganjur boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 (5) akta yang sama yang membolehkan mereka didenda sehingga RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis,” jelas Zainuddin.

Di manakah sikap bertanggungnjawap dan warganegara yang baik yang boleh dicontohi daripada pihak yang kononnya mahu membela rakyat dan mendokong demokrasi ini?

Jika mereka memperjuangkan hak kebebasan bersuara, ia sudah dibenarkan melalui Akta Perhimpunan Aman 2011.

Susah sangatkah mahu mengikut peraturan dengan menghantar notis pemberitahuan kepada pihak berkuasa 10 hari sebelum diadakan perhimpunan?

Barangkali tiada siapa yang mahu menandatangani notis pemberitahuan berkenaan kerana enggan memikul tanggungjawap jika perhimpunan aman yang dicanang bertukar rusuhan, sekaligus pihak yang menurunkan tandatangan sebagai penganjur dengan mudah boleh dikaitkan dan dituduh di mahkamah.

Jika andaian itu benar, ia bermakna siapa juga yang mengambil inisiatif menganjurkan perhimpunan guling kerajaan itu sebenarnya pemimpin yang tidak bertanggungjawap dan bacul ATAU mungkin juga mereka sebenarnya memang punya niat buruk mahu gulingkan kerajaan menggunakan rusuhan dijalanraya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: