Kategori Berita Utama

Jimat Belanja Dapur peringkat kebangsaan dilancarkan

31 MAC: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Jimat Belanja Dapur (JBD) peringkat kebangsaan di Padang Awam Bandar Dara Chini di sini.

Selain JBD, Perdana Menteri turut melancarkan Pusat Khidmat Setempat@ Pasar Tani, Aplikasi Mobile Pasar Tani dan FAMA Ke Arah QR Pay.

Yang hadir sama, Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin dan Pengerusi Hal Ehwal Felda negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

JBD merupakan program yang dikategorikan sebagai Sentuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di hati rakyat.

Program ini menawarkan harga rendah untuk memberi penjimatan kepada pengguna dengan kadar purata lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada pasaran semasa.

JBD telah dilaksanakan di 718 outlet jualan Pasar Tani, 426 AgroBazar Kedai Rakyat, 110 AgroBazar Rakyat 1Malaysia, enam MyFarm Outlet serta di program-program MyBest Buy di seluruh negara.

Pusat Khidmat Setempat@ Pasar Tani pula menjadi tempat untuk rakyat mendapatkan pelbagai keperluan dan perkhidmatan.

Pusat ini akan membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan dari Pusat Khidmat Komuniti Bergerak Setempat untuk keperluan seperti Pos Malaysia, Klinik 1Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Bergerak, Lembaga Zakat, Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain perkhidmatan bersesuaian.

Aplikasi Mobile Pasar Tani pula boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store yang merupakan nilai tambah dalam perkhidmatan FAMA dalam menyebar luas maklumat berkaitan pasar tani kepada pengguna.

FAMA turut bergerak seiring dengan era digital yang mendominasi transaksi jual beli dengan memperkenalkan QR Pay sekali gus menjadi pemudahcara kepada pengguna dan peniaga di pasar tani seluruh negara.

Gabungan Pusat Khidmat Setempat@ Pasar Tani, Aplikasi Mobile Pasar Tani dan QR Pay ini memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan dan perkhidmatan dengan mudah tanpa perlu menghabiskan banyak masa

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2018 11:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: