Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JKM berjaya selesai 314 kes jenayah seksual

21 MAC: Sebanyak 314 kes jenayah seksual kanak-kanak yang telah diselesaikan sejak Julai 2017.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun, meskipun ia merupakan jumlah yang agak besar namun kes tersebut telah diambil tindakan segera di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang telah dikuatkuasa.

“Itu adalah jumlah kes yang telah disabit, tidak ada tangguh, dan telah berjalan selaras dengan garis panduan dan mesti diselesaikan dalam masa 12 bulan.

“Walaupun terdapat laporan 382 kes dan ada sikit lagi dalam tindakan, ia adalah disebabkan menunggu laporan kimia dan perubatan yang masih lagi belum siap dan belum diserahkan kepada pendakwaraya, namun akan dikendalikan secepat mungkin supaya sabitan dapat dilaksanakan,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen PAN Parit, Buntar Datuk Mujahid Rawa di Dewan Rakyat, Rabu.

Terdahulu, Mujahid meminta kementerian menyatakan berapa jumlah kes jenayah seksual kanak-kanak yang telah didakwa dalam akta baharu yang telah dilaksanakan.

Akta yang diluluskan pada April 2017 itu bertujuan melindungi kanak-kanak 18 tahun ke bawah daripada jenayah seksual yang selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Di bawah akta itu juga, individu-individu yang didapati membuat, memiliki dan mengedarkan pornografi kanak-kanak, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan enam kali rotan, serta didenda sehingga RM5,000 jika didapati memegang maklumat mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Dalam hal ini JKM bertindak untuk melindungi kanak-kanak dan memberi kaunseling kepada mangsa dan keluarga mangsa, sementara siasatan akan dilakukan oleh phak polis, ia juga melibatkan beberapa NGO dalam perkara-perkara berkaitan.

“Bagaimanapun jika kes tersebut telah selesai disiasat, pihak JKM tidak akan lepas tangan dalam meneruskan sesi kaunseling kepada mangsa supaya mereka boleh hidup dalam keadaan yang lebih selesa,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2018 11:13 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: