Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JKM proses pemutihan taska

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menjalankan proses pemutihan yang dikenali sebagai ‘pendayaupayaan taska’ bagi mengesan dan memastikan taska yang belum mendaftar, didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menterinya,  Datuk Rohani Abdul Karim berkaa, kementerian menyasar untuk memastikan sebanyak 900 taska berdaftar dengan JKM di seluruh negara pada setiap tahun.

Katanya, sasaran itu adalah sebahagian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian.

pcrohaniSepanjang tahun ini, sebanyak 864 taska di seluruh negara sudah berdaftar dengan JKM

Dalam pada itu katanya, kementerian tidak akan teragak-agak menutup taska yang didapati mendera kanak-kanak jagaan mereka.

Beliau berkata keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan amat penting bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa, terutama mereka yang bekerja sepenuh masa.

“Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin, ibu bapa disaran menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2013 di KL Sentral, Sabtu.

Beliau  mengulas tindakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menutup taska di Taman Melati berikutan perbuatan kejam pengasuh pusat berkenaan mendera beberapa kanak-kanak di bawah jagaan mereka. -9/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2013 10:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: