Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JMM desak buat laporan portal TMI hentam kerajaan

14 DIS: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak beberapa agensi kerajaan membuat laporan tentang media The Malaysian Insight yang seringkali memaparkan berita yang menghentam kerajaan.

Antara agensi kerajaan tersebut adalah Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pendaftar Syarikat (ROC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan imigresen Malaysia.

Menurut Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah, desakan itu adalah kerana terdapat beberapa keraguan yang timbul seperti dana yang membiayai kakitangan media tersebut.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah bercakap pada sidang media mengenai salah laku rasuah portal The Malaysian Insight di Lobi Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), KL

Difahamkan, portal The Malaysian Insight telah didaftarkan dengan nama syarikat Inside Media Sdn Bhd yang beralamat di 17-1 jalan Sri Hartamas 7 Sri Hartamas yang merupakan pemilik portal ini.

Syarikat Inside Media telah menggunakan laman portal itu sebagai alat menghentam kerajaan serta alat untuk memaparkan agenda anti kerajaan.

“JMM sekali lagu mahukan semua agensi kerajaan yang dinamakan supaya membuka kertas siasatan berhubung dari manakah sumber dana yang diperolehi untuk biayai TMI.kerana difahamkan Inside Media Sdn Bhd juga mempunyai hubungan dengan sesebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong sebagai Asian Inside Pte Ltd.

“Ianya membabitkan kemasukan dana dari luar negara dan siasatan itu bukan sahaja terhadap akaun milik syarikat tersebut juga kepada akaun pengarang serta kakitangan yang sama bersubahat tentang agenda jahat ini,” katanya pada sidang media di kuala Lumpur, Khamis.

Tambah beliau, tindakan tersebut perlu diambil segera oleh agensi tersebut kerana dana itu beetujuan  mengganggu serta merancang mencatur politik negara

“Selain daripda itu tndakan TMI amat berbahaya kerana ia juga dilihat sengaja mahu manipulasikan ekonomi negara dengan tujuan supaya negara ini dilihat lemah dari segi ekonominya.

“Perkara ini perlu disiasat kerana nelibatkan dana asing dan kemungkinan wang yang diterina adalah daripada aktiviti rasuah yang berlaku,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2017 5:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: