Kategori Ekonomi

Johari jumpa Dewan Perniagaan AS, bincang TPP

21 APRIL: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani sedang berada di Amerika Syarikat dan akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Perniagaan negara itu untuk membincangkan isu yang timbul mengenai masa depan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata pertemuan itu berlangsung pada Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington DC,  yang bermula sejak semalam.

Turut dibincangkan keutamaan dasar Malaysia bagi pembangunan sektor kewangan yang berterusan.

Kementerian itu berkata Johari juga akan mengadakan pertemuan dengan tiga agensi penarafan antarabangsa untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai pembangunan ekonomi dan kewangan negara, serta langkah untuk menangani cabaran.

“Mereka akan diberi penerangan mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan monetari dan fiskal negara,” katanya kenyataan itu lagi.

Mesyuarat tersebut merupakan platform bagi penggubal dasar dari seluruh dunia berbincang serta bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan kepada ekonomi global, sistem kewangan antarabangsa dan mengurangkan jumlah kemiskinan.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 10:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]