Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Johari selalu turun Titiwangsa, kata UMNO WP

13 MAC: Kesibukan tugas sebagai Menteri Kewangan II tidak menyebabkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani melupakan kawasan parlimennya di Titiwangsa.

Tegas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Johari sentiasa melaksanakan tanggungjawab bersama masyarakat dan sering turun padang.

“Saya yakin Johari akan terus kekal kerana pengundi Titiwangsa masih memerlukan beliau.

“Pengundi mahukan wakil rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan, bukannya calon pembangkang yang sentiasa beretorik,” katanya dalam kenyataan.

Pada PRU ke-13, Johari (foto) berjaya merampas kerusi parlimen Titiwangsa daripada PAS dengan majoriti kecil, iaitu 866 undi.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa Johari mengabaikan kawasan parlimennya serta gagal menyelesaikan masalah dihadapai penduduk terutama isu tanah warisan Kampung Baharu.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata dakwaan itu hanya mahu menafikan keupayaan Johari sebagai ahli parlimen.

“Mereka hanya mengutip fakta di tepi jalan tanpa asas yang kukuh untuk menidakkan apa yang dilakukan wakil rakyat Titiwangsa,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: