Kategori Berita Utama

Johari tolak spekulasi bakal bertanding di Selangor

28 FEB: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menolak khabar angin yang mendakwa beliau akan bertanding di Selangor dalam pilihan raya umum kali ini, sekali gus berpotensi untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar.

Tanpa mahu melayan khabar angin itu, Johari berkata, beliau akan menumpukan terhadap kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Kuala Lumpur.

“Saya tetap di Kuala Lumpur, dia orang (khabar angin) ini macam hendak halau saya dari Titiwangsa.

“Biarpun saya anak Selangor dan dilahirkan di negeri itu tetapi waktu itu masih belum ada Kuala Lumpur seperti sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal politik mengaitkan nama Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan sebagai calon yang berpotensi untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Selain kedua-dua nama tersebut portal tersebut turut mendakwa beberapa nama besar dalam petadbiran kerajaan, pendidik dan tokoh korporat akan dipilih untuk menawan semula negeri itu daripada Kerajaan PKR Selangor.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa dalam PRU14, Johari berkata, keputusan tersebut terpulang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau akan akur dengan sebarang keputusan ditetapkan oleh parti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 6:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: