Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenTragedi MH370

Johor, Perak kibar bendera separuh tiang

25 MAC: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, serta Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazri Shah pada Selasa menitahkan supaya bendera kedua-dua negeri berkenaan dikibar separuh tiang bagi menghormati mangsa tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

SEBAGAI TANDA SIMPATI untuk mangsa MH370 dan keluarga sektor kerajaan serta swasta di Johor kibar bendera negeri separuh tiang pada Selasa seperti dititahkan Sultan Johor,

SEBAGAI TANDA SIMPATI untuk mangsa MH370 dan keluarga sektor kerajaan serta swasta di Johor kibar bendera negeri separuh tiang pada Selasa seperti dititahkan Sultan Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengibaran bendera separuh tiang itu berkuat kuasa serta-merta selama sehari pada hari ini kepada semua jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta di negeri itu.

“Titah baginda adalah sebagai menghormati dan melahirkan rasa simpati terhadap kejadian dan kepada keluarga mangsa khususnya anak kapal dan penumpang,” kata Mohamed Khaled ketika ditemui pemberita pada majlis taklimat pembangunan industri nanas di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Johor Baharu.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Johor melahirkan rasa simpati dan takziah kepada semua keluarga mangsa dan berharap kesemua mereka menerima ketentuan itu dengan tenang dan penuh kesabaran.

“Anggaplah kejadian ini sebagai qada’ dan qadar ketentuan Allah SWT,” katanya.

Di Perak pula Raja Dr Nazrin menitahkan semua jabatan dan agensi kerajaan, institusi, sekolah dan sektor swasta di negeri itu mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada Rabu.

Surat pekeliling mengenai perkara itu yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Razali Othman diedarkan kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan petang tadi.

Raja Dr. Nazrin titahkan bendera Perak dikibar separuh tiang pada Rabu

Raja Dr. Nazrin titahkan bendera Perak dikibar separuh tiang pada Rabu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula mewakili kerajaan negeri dan rakyat negeri itu berdoa agar kaum keluarga penumpang serta anakk kapal MH360 dapat menghadapi kesedihan mereka dengan tabah.

Idris berkata Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri esok (Rabu) akan membincangkan mengenai menaikkan bendera negeri separuh tiang bagi menghormati penumpang serta anak kapal pesawat MH370, sebelum mengusulkan perkara itu kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaacob.

Di Kota Kinabalu, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan perutusan menzahirkan rasa dukacita dan sedih di atas insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370.

“Seluruh rakyat di negeri ini melahirkan rasa sedih dan dukacita atas berita mengejut pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berakhir perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi,” kata Tun Juhar.

Manakala di Seremban, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama-sama menyatakan kesedihan dan merakamkan ucapan takziah di atas tragedi yang sama.

Kerajaan negeri Selangor pula mengambil pendekkatan menganjurkan satu majlis tahlil di Masjid Negeri, di Shah Alam, pada Rabu malam.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat dan kerajaan negeri Selangor kepada kaum keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Tidak ketinggalan berkongsi  kesedihan dan mengucapkan takziah ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak kerajaan dan rakyat negeri itu.

Sementara negara jiran, Indonesia turut melahirkan rasa simpati dan dukacita kepada seluruh keluarga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang di selatan Lautan Hindi.

Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono melalui akaun twitter beliau @SBYudhoyono, turut menyampaikan rasa dukacita kepada kerajaan dan rakyat Malaysia berikutan tragedi yang berlaku itu.

“Kepada bangsa Malaysia dan PM Najib Razak, kami mengucapkan dukacita atas tragedi ini,” kata Susilo.

Tujuh warga Indonesia turut menjadi sebahagian daripada 227 penumpang pesawat jenis Boeing 777-200ER berkenaan.

“Indonesia berdukacita atas tragedi yang menimpa MH370, semoga keluarga yang ditinggalkan tabah.

“Dukacita mendalam khususnya bagi keluarga tujuh penumpang MH370 asal Indonesia,” kata Susilo di laman Twitter  beliau seperti dilapor agensi berita Antara, Selasa.

Dalam sidang media semalam, Najib mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, di sebelah barat luar pesisir pantai Perth, Australia.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2014 6:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: