Kategori Berita Antarabangsa

Jokowi jadi iman, Presiden Afghanistan makmum

30 JAN:  Rakaman video Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi iman yang diberikan kepada media berjaya menolak dakwaan pihak tertentu yang meragui status agamanya semasa pemilihan presiden 2014.

Semalam tokoh yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi itu menjadi imam kepada Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

Memetik laporan Detiknews, kedua-dua pemimpin itu mendirikan solat Zuhur bersama-sama di bangunan kerajaan di Kabul.

Sementara itu Jokowi yang dalam lawatan rasmi enam hari ke lima negara di Asia, menceritakan serba ringkas kunjungannya ke Afghanistan.

Menurutnya, walaupun Kabul diselaputi kedinginan salji sambutan yang diberikan kerajaan negara itu begitu hangat.

Katanya, kali pertama pemimpin tertinggi Indonesia melawat Afghanistan ialah pada 1961 dan dilakukan Presiden Sukarno.

“Terima kasih Presiden Ashraf Ghani, terima kasih Afghanistan, yang menyambut saya dengan hangat. Semoga Allah SWT menganugerahkan kedamaian di negeri ini,” lapor Tempo.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: