Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jokowi jumpa Najib di Kuching

22 NOV: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau dikenali Jokowi tiba di Kuching hari ini bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak.

Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seterusnya menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia – Indonesia di sebuah hotel di bandaraya ini.

Jokowi dan Najib bakal membincangkan beberapa perkara bertindih terutama membabitkan isu sempadan, selain memperkukuhkan hubungan dagang kedua negara.

Antara yang dijangka menjadi keutamaan adalah masalah eksport sawit ke negara Kesatuan Eropah (EU)

Jokowi juga dijadual bertemu 6,000 warga Indonesia di Sarawak di Stadium Perpaduan, Petrajaya pada jam 2 petang sebelum berlepas pulang ke Jakarta.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 11:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: