Kategori Berita Utama

JOM BN tampil 8 jaminan untuk orang muda

10 APRIL: BN menampilkan kelainan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini dengan memberi lapan jaminan kepada orang muda bagi memperbaiki kehidupan rakyat supaya lebih berkualiti.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata meskipun sebelum ini telah banyak perkara yang dilakukan untuk orang muda, namun kali ini fokus telah dibuat bagi memperincikan setiap jaminan yang dijanjikan kerajaan.

Ketua Pemuda Barisan Nasional Brig Jen Khairy Jamaludin hadir pada Majlis Pembentangan Jaminan Orang Muda (#JOMBN) di Dewan Merdeka PWTC

Jaminan tersebut adalah Malaysia menjamin pekerjaan dan latihan sebaik sahaja graduan tamat pengajian selama enam bulan.

Menurut Khairy, usaha ini adalah selaras dengan manifesto BN untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing sebanyak 15 peratus.

“Jaminan pertama saya, mana-mana orang muda yang nak kerja atau dapat latihan akan kita bagi peluang dalam 6 bulan sahaja. Cukuplah  dengan graduan menganggur, cukuplah melihat pekerjaan untuk orang asing. Ini tawaran saya kepada orang muda!,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Orang Muda BN dikenali Jaminan Orang Muda (JOM BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda BN, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda parti komponen BN.

Jaminan yang kedua adalah Malaysia yang meningkatkan pendapatan dan kemahiran selaras dengan pendapatan yang wajar diperolehi supaya dapat menampung kos sara hidup dengan lebih baik.

” Kamu akan menerima gaji yang setimpal dengan kerja kamu, that is the next five years. Senang kata dengan pelaksanaan janji ini, saya yakin kita akan melihat gaji anda naik selepas ini.
Kami jamin upskilling untuk pekerja muda.
Kita akan sediakan dana untuk anda mendapat pensijilan kemahiran melalui kursus atas talian, “ujarnya.

Jaminan yang ketiga pula ialah Malaysia yang memperkasa ekonomi luar bandar dimana golongan belia tidak lagi perlu ke bandar untuk mencari pekerjaan, malah memberi jaminan untuk mewujudkan peluang pekerjaan setaraf dengan apa yang ada di bandar.

Selain itu Khairy turut memaklumkan bahawa Tiada lagi birokrasi untuk usahawan muda mendapat bantuan menerusi jaminan keempat iaitu Malaysia yang memudahkan usahawan mendapat bantuan.

Bagi pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga pula, ia memberi jaminan kepada mereka yang kerajaan akan memberi bantuan untuk meringankan beban sama ada melalui bantuan terus atau kemudahan yang lain.

Beberapa faedah turut disediakan melalui jaminan ketujuh iaitu Malaysia yang menyediakan kehidupan berkualiti.

“Bayangkan jika anda di bandar, boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa had dengan pas bulanan serendah RM50. Bayangkan jika anda naik motorsikal, boleh dapatkan lesen motor B2 hampir separuh dari jumlah asal.

Orang muda hadir memberi sokongan dan mendengar amanat oleh l Brig Jen Khairy Jamaludin hadir pada Majlis Pembentangan Jaminan Orang Muda (#JOMBN) di Dewan Merdeka PWTC

“Bayangkan, anda mempunyai pelbagai pilihan lokasi dan rupabentuk rumah yang mampu anda miliki, dengan pelbagai bantuan seperti bank pinjaman perumahan dan skim rent-to-own. I will fight for you to get a house. Bayangkan, anda hanya perlu ke satu portal untuk menempah apa-apa sahaja kemudahan sukan dan  rekreasi awam, dengan diskaun khas untuk belia.

“Bayangkan, jika anda sudah berumur 35 atau 40 tahun, anda boleh ke mana-mana klinik kesihatan dan minta pemeriksaan kesihatan percuma – tiada syarat, tiada persoalan.

“Bayangkan, anda mempunyai kad diskaun khas pelajar untuk lebih banyak lagi faedah.
Dan saya nak cakap di sini, cukuplah bank tekan orang muda. Cukuplah orang muda ditekan dengan beban caj kad kredit, dengan kadar faedah terlalu tinggi, caj lewat bayar yang terlalu membeban. Ini jaminan kami. Kami akan kurangkan ini semua. Jangan lagi eksplotasi orang muda dengan bayaran kad kredit yang terlalu tinggi,” tegasnya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh orang muda yang hadir dalam program tersebut.

Dalam jaminan itu juga, ia turut newujudkan Sebuah program peluang kedua untuk bekas banduan juvana, peluang kedua untuk bekas penagih dadah, peluang kedua untuk ibu tunggal remaja.

“Setiap insan, setiap orang muda layak mendapat peluang kedua. Lets welcome them back into a compassionate society, lets give them a second chance,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 April 2018 10:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: