Kategori Berita Antarabangsa

Kim Jong-un dedah isteri

17 JULAI: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mendedahkan sosok isterinya di khalayak umum.

Jong-un membawa isterinya Ri Sol-Jul dalam satu majlis perayaan yang juga sebagai tanda kejayaan Korea Utara menguji program nuklearnya yang baharu, lapor Huffington Post.

Majlis yang dihadiri oleh sejumlah pegawai tertinggi kerajaan dan saintis itu, memperlihatkan sosok Sol-Jul yang anggun menawan memakai busana berwarna biru muda.

Semasa dalam majlis, dia duduk di samping suaminya dan mengikuti setiap gerak-geri Jong-un.

Sementara itu, memetik laporan Daily Mail, Sol-Jul dilihat mengenakan perhiasan mahal dan membawa beg tangan mahal.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 July 2017 10:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]