Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JPJ pasang 7 lagi kamera AES

30 APRIL: Sebanyak tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nadzri Siron berkata pemasangan kamera itu bakal dilakukan di lokasi yang sering berlaku kemalangan.

“Pihak jabatan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sudah meneliti beberapa lokasi terpilih.

“Setakat ini 14 kamera AES sudah dipasang di seluruh Semenanjung, dengan penambahan kamera ini ia mampu mengurangkan jumlah kemalangan di negara ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Kuala Kubu Bharu, Ahad.

Nadzri bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pemasangan serta lokasi  berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata setakat 13 hari pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), sebanyak 19,230 saman sudah dikeluarkan.

“Ia meliputi 16,791 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 2,439 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 27 April.

“Walaupun kita telah melaksanakan sistem ini, tapi peningkatan jumlah saman memperlihatkan sikap atau kesedaran masyarakat untuk mematuhi undang-undang masih di tahap rendah,” katanya.

Pada 15 April lepas, JPJ memperkenalkan sistem AWAS bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 10:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: