Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JPJ tawar pemutihan baharui cukai jalan

24 MAC: Cukai jalanraya dan insuran kenderaan yang sudah tamat tempoh tidak lebih dari tiga tahun dibenarkan untuk memperbaharuinya tanpa perlu melalui proses biasa, menerusi program pemutihan yang berkuatkuasa hari ini hingga akhir Jun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata program yang pertama kali dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapatkan sokongan syarikat-syarikat insurans.

Foto hiasan

“Saya menyeru supaya pemilik kenderaan terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaharui semula cukai jalan dan insurans kenderaan mereka dalam tempoh tiga bulan ini.

“Program pemutihan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40,” katanya di Bentong hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid menganggarkan terdapat hampir 28 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya pada tahun lalu, hanya 19 juta sahaja yang memperbaharui cukai jalan.

“Program pemutihan itu akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ seluruh negara,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 3:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: