Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

JPN nafi dakwaan 300,000 komuniti India tiada IC

19 JUN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan tidak berasas bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.

Menurutnya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.

“Daripada 1,813 permohonan, 1,018 orang mahu mendapatkan khidmat nasihat, mengambil borang atau membuat semakan terhadap permohonan sebelum ini.

“Sepanjang program ini berlangsung, JPN juga menerima permohonan daripada kaum lain. Kita mohon mereka yang ada masalah, tidak kira apa pun supaya hadir ke program ini kerana ia diadakan untuk memudahkan mereka berurusan dengan JPN,” katanya di Putrajaya, hari ini.

Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesaikan masalah pemohon secepat mungkin disebabkan pihaknya perlu menjalankan siasatan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]