Kategori Analisa Isu Semasa

JAMBATAN KEDUA BUKTI PROJEK PERSEKUTUAN DIKAJI TELITI

6 MAC: Pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) pada 1 Februari menjadi satu lagi bukti usaha tidak berbelah bahagi Kerajaan Persekutuan menepati janji kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

PM Jambatan-Pulau-Pinang-kedua-300x194“Saya difahamkan, dan berharap, sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan dicipta oleh projek-projek pembangunan di sekitar Jambatan Kedua ini.

“Teras utama kerajaan selama ini hanyalah untuk menepati janji-janji kami: bahawa setiap rakyat Malaysia akan dapat manfaat dari mana-mana projek pembangunan Persekutuan. Tiada yang lebih penting daripada tekad kami untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat,” kata Najib.

JSAHMS yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai akan berfungsi sebagai lintasan alternatif ke Pulau Pinang.

Ini kerana, dianggarkan jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang sedia ada yang dibina pada tahun 1985 akan meningkat sebanyak 68 peratus iaitu 67,000 kenderaan menjelang tahun 2020.

Unjuran itu menyatakan jambatan sedia ada akan mengalami kesesakan sekalipun ia sudah melalui proses pelebaran dengan tambahan satu lorong menjadi tiga lorong di kedua-dua hala.

Sehubungan itu lintasan kedua di JSAHMS dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalulintas keluar-masuk ke Pulau Pinang.

Memang sudah terbukti setiap projek kerajaan Persekutuan akan melalui kajian rapi serta unjuran yang tepat sebelum diluluskan sebagaimana yang terbukti dalam projek-projek sebelum ini seperti Jambatan Pulau Pinang sendiri, Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lain-lain.

Sinopsis masalah air di SelangorTerbaru projek penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor yang mengunjurkan negeri itu akan berdepan krisis pada tahun ini (2014) tetapi disangkal oleh ‘pakar’ pembangkang tetapi akhirnya Menteri Besar Selagor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa juga akur dan menandatanagani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Putrajaya.

Selain daripada fungsi utamanya menyediakan akses dan hubungan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, JSAHMS dijangka bakal menjadi sebuah ikon nasional sama seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco dan Jambatan Pelabuhan Sydney di Australia, kata Najib dalam laman blog rasminya, 1Malaysia.

Dibina dengan kos RM4.5 bilion, siapnya JSAHMS membolehkan rakyat di Utara mengalihkan fokus ekonomi mereka daripada pertanian kepada industri.

“Saya berharap agar rakyat di wilayah utara dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek Jambatan Kedua ini. Jambatan ini dibina untuk anda. Ia dibina untuk kesejahteraan anda; manfaatkanlah sebaik mungkin,” tegas Najib.

Sebenarnya, JSAHMS adalah sebuah mercu tanda kejuruteraan moden.

Jambatan SAHMS penangIa dibina sepanjang 24 kilometer (16.9 kilometer di atas laut) dan adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

“Jambatan ini juga adalah yang terpanjang di dunia yang mengaplikasikan Sistem Galas Getah Rendaman Tinggi (HDRB) yang mana ia mampu menahan gegaran gempa bumi sehinga 7.5 pada skala Richter,” jelas Najib lagi.

menurut beliau, satu lagi ciri inovatif dalam pembinaan jambatan ini adalah penekanan kepada aspek mesra-alam dalam rekabentuk dan pembinaan plaza-plaza tol pada jambatan ini sehingga ia diiktiraf dengan akreditasi Indeks Bangunan Hijau (GBI) Emas.

Usaha itu dilaksanakan demi mencapai efisiensi tenaga, kualiti persekitaran dalaman dan kemampanan dalam operasi plaza tol.

“Saya percaya pelancaran Jambatan Kedua Pulau Pinang – yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah – akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan-kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung,” kata Najib.

penangnewfireworks-565x376Pembinaan JSAHMS diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1995.

Ia kemudiaan disusuli dengan cadangan Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa ia harus dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 1:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: