“Mungkin kita tiba-tiba hilang jawatan atau kalah dalam PRU atau pemilihan parti dan mungkin itu mengecewakan tetapi percayalah, Allah ada perancangan lebih baik untuk kita.

“Saya dalam politik terumbang-ambing…sekejap turun, naik tetapi lebih banyak turun di mana saya tewas pemilihan ketua pemuda dan naib presiden. Tetapi saya tenang sahaja kerana saya tahu Allah akan beri yang lebih baik pada saya. Tidak ada keadaan yang mustahil bagi kita,” katanya.