Kategori Berita Utama

Jumpa duta EU: Pekebun kecil patut hukum Mahathir, pembangkang

27 JAN: Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan 16 duta negara Kesa­tuan Ero­pah (EU) ketika negara sedang mengiatkan melawan sekatan minyak sawit oleh EU mengambarkan beliau tidak memperduli nasib 650,000 pekebun kecil.

Beliau yang dicanang pembangkang sebagai calon perdana menteri sekiranya PH menang pada PRU ke 14, jelas mementing diri selain menggadaikan prinsip dengan berharap kuasa asing menyokong perjuangan pembangkang.

Wakil EU menerima memorandum membantah berkenaan larangan mengimport minyak Sawit dari Malaysia oleh EU yang diserahkan oleh wakil FELDA di Kedutaan Kesatuan Eropah Menara Tan& Tan Kuala Lumpur pada 16 Jan lalu

Begitukah sikap bekas perdana menteri yang ketika pemerintahan selama 22 tahun sangat anti campur tangan asing tetapi pada penghujung usia sanggup tunduk demi niat membalas dendam kepada pemimpin negara sekarang?

Dr Mahathir patut sedar pada 16 Januari lalu, FELDA bersama kira-kira 2,000 pekebun mewakili 650,000 yang lain menghantar memorandum ke pejabat 16 duta EU di negara ini bagi membantah kempen memburukkan industri minyak sawit yang dicetuskan pihak antarabangsa didalangi EU.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad yang mengetuai bantah itu melabelkan EU sebagai hipokrit dan tindakan menyekat minyak sawit adalah cubaan  penjajahan ekonomi ke atas negara-negara pengeluar minyak sawit.

Katanya, langkah itu lebih kepada penjajahan berikutan ia didorong oleh alasan yang tidak berasas susulan mereka mengetahui terdapat hubungan antara kelapa sawit dan pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

Beliau berkata cadangan sekatan ke atas penggunaan minyak sawit dalam biofuel bertentangan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahun lalu menegaskan, kerajaan tidak akan bertoleransi dengan kempen memburukkan industri minyak sawit .

Katanya, Malaysia akan memastikan satu tindak balas yang sewajarnya dilaksanakan bagi pihak pemegang taruh dalam industri sawit negara, khususnya 650,000 pekebun kecil tempatan.

Dr Mahathir dan pemimpin PH bertemu 16 duta EU semalam dipercayai bagi mendapat sokongan dalam usaha kembali sebagai perdana menteri

Malangnya ketika negara tidak berdiam diri dan sedang bertindak balas terhadap semua kempen negatif terhadap minyak sawit, Dr Mahathir diam-diam bertemu 16 duta EU bukannya mahu membela nasib pekebun kecil tetapi mahu memastikan impiannya sebagai perdana menteri kali kedua tercapai.

Inilah peluang rakyat khususnya pekebun kecil atau peneroka yang mungkin ada antara mereka sudah tersilap menyokong pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menghukum tindakan Dr Mahathir dengan pemimpin PH pada PRU nanti.

Tindakan Dr Mahathir sungguh tidak bertanggungjawab ibarat enau di dalam belukar yang melepas pucuk masing-masing dan rakyat perlu membuang  pucuk itu sebelum ia mencucuk mata pula.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 9:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: