Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jurutera dakwa jumpa serpihan MH370

18 MAC: Dalam satu teori luar biasa, pesawat MH370 yang hilang pada empat tahun lalu didakwa berjaya dikesan di Google Earth dalam keadaan berlubang ditembusi peluru.

Penerbangan yang membawa 239 orang penumpang dipercayai berakhir di Lautan Hindi, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Laporan Daily Star Online memetik seorang jurutera mekanikal Australia, Peter McMahon mendakwa menemui pesawat terbabit menerusi penelitian imej NASA dan Google Maps.

Dalam satu gambar yang diperolehinya, terdapat garisan rangka kelihatan seperti sebuah pesawat di bawah permukaan air.

McMahon, 64, percaya pesawat itu terletak 10 kilometer di selatan Pulau Mauritius yang belum diterokai oleh penyiasat.

Beliau dilaporkan sudah menghantar penemuannya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, yang mengesahkan ia berkemungkinan pesawat terbabit.

McMahon memberitahu portal berita terbabit bahawa empat individu daripada Amerika Syarikat dihantar ke Australia untuk melihat penemuan MH370 dan mendakwa mereka cuba menyembunyikan maklumat.

Selain bahagian utama, dia juga mendakwa menemui bahagian depan kabin di selatan Pulau Rodrigues, juga berhampiran Mauritius.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 4:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: