Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Jurutera ditahan minta rasuah

13 SEPT: Seorang jurutera bahagian perancangan sebuah syarikat utiliti di Shah Alam ditahan hari ini kerana disyaki meminta sogokan RM32,000 daripada seorang pelanggan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lelaki berusia 53 tahun di perkarangan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada jam 3 petang tadi.

Suspek dikatakan meminta suapan daripada seorang pelanggan bagi mempercepatkan permohonan kelulusan bagi kerja menaik taraf bekalan utiliti sebuah kilang pada Disember 2016.

Pengadu didakwa sudah membayar RM15,000 kepada suspek kerana bimbang permohonannya tidak diluluskan.

Selepas enam bulan tanpa maklum balas, mangsa dihubungi oleh suspek yang meminta baki RM25,000 bagi menyelesaikan proses permohonan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan mengesahkan penahanan jurutera itu dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(B) ASPRM 2009.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 7:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]