Kategori Berita Utama

Juruterbang Cessna dan dua rakan ditemui selamat

11 JAN : Juruterbang pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jumaat petang ditemui selamat.

Menurut polis, dua lagi rakan juruterbang itu juga selamat.

Bagaimanapun dua daripada mereka cedera dan di hantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Keseua mereka ditemui pasukan mencari dan menyelamat awal pagi tadi di kawasan empangan Batu, Gombak.

cessna172

Cessna 172

Sebelum kejadian, juruterbang berkenaan berjaya menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini petang semalam, berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, juruterbang itu, yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful, telah menyatakan bahawa beliau berada di kawasan bukit bertentangan dengan Empangan Batu.

Panggilannya kepada TUDM terputus dipercayai berpunca daripada kehabisan bateri telefon, katanya kepada Bernama awal pagi ini. 

Menurut Abdul Rahim pihaknya difahamkan Kapten Saiful dan dua lagi, yang memulakan latihan penerbangan pada jam 4.50 petang, telah tidak dapat dihubungi melalui komunikasi radio oleh menara kawalan DCA pada jam 5.15 petang semalam di kawasan sekitar Batu Caves dan Rawang.

“Pesawat itu sepatutnya pulang ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dalam masa dua jam. Sehingga kini pesawat tersebut tidak dapat dihubungi,” katanya.

Beliau berkata maklumat lengkap mengenai ketiga-tiga orang yang menjalani latihan penerbangan dari KPDS itu, masih belum diketahui.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2014 9:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: