Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Juruterbang helikopter asing perlu jalani latihan

11 JUN: Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan peraturan, di mana setiap juruterbang helikopter warga asing wajib menjalani latihan membiasakan diri dengan perseitaran Malaysia terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertugas secara bersendirian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu mendapat kebenaran kabinet pada dua minggu lepas dan sudah diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk diwartakan sebelum dikuatkuasakan.

“Saya sudah arahkan DCA untuk memperincikan peraturan ini, dijangkakan peraturan ini akan selesai digazetkan dan akan dikuatkuasakan dalam masa kira-kira sebulan,” katanya selepas merasmikan Pesta Muzik Klang, hari ini.

Cadangan peraturan itu adalah susulan laporan akhir nahas helikopter Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar, Sarawak pada Mei tahun lalu yang menyebut ia disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran.

Dalam laporan akhir itu, Kementerian Pengangkutan mencadangkan agar juruterbang helikopter asing agar menjalani latihan untuk membiasakan diri selama 10 jam sebelum terlebih dahulu.

Menurut Tiong Lai, peraturan berkenaan bukan untuk menyukarkan juruterbang asing bekerja di negara ini, tetapi untuk tujuan keselamatan.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka tetapi keadaan muka bumi dan cuaca di sini terutamanya di Sabah dan Sarawak adalah berlainan, juruterbang tidak boleh hanya bergantung kepada sistem kedudukan global sahaja, juruterbang perlu tahu laluan alternatif lain sekiranya laluan asal mengalami cuaca buruk,” kata beliau lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: