Kategori Berita Utama

Ka Siong tak kisah lawan Chin Tong di Ayer Hitam

8 MAC: Penyandang kerusi Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dilaporkan akan dicabar Pengerusi DAP Johor , Liew Chin Tong dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dengan balasan jawapan secara diplomasi, Timbalan Presiden MCA itu berkata beliau tidak bimbang akan cabaran yang bakal dihadapinya.

“Biarkanlah (let it be), cuma saya akan buat yang terbaik dalam PRU14,” katanya hari ini yang dipetik.

Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam sejak tiga penggal lalu.

Sementara itu pencalonan Chin Tong di Ayer Hitam dijangka akan diumumkan ketika sambutan ulang tahun ke-52 DAP di Ayer Hitam pada 18 Mac depan.

“Calon Ayer Hitam adalah Liew Chin Tong,” lapor The Malaysian Insight yang memetik sumber parti.

Pada bulan lalu, DAP dilaporkan mengambil kembali kerusi selepas sebelum itu bersetuju membenarkan calon PAN bertanding di kawasan berkenaan.

Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang dikatakan pernah menawarkan diri, bagaimanapun pada ketika itu, kepimpinan DAP belum membuat keputusan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 8:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: