Kategori Berita Antarabangsa

Kabel pengangkut terputus,10 maut

29 JUN: Sekurang-kurangnya sepuluh orang maut dan dua lagi cedera selepas kabel pengangkut penumpang terputus sehingga menyebabkan penumpang terjatuh ke dalam jurang di sebuah perkampungan pergunungan di Pakistan, hari ini.

Insiden berkenaan berlaku di perkampungan Charra Pani di pusat pelancongan bukit Murre, kira-kira 30 kilometer di utara Islamabad.

“Penduduk kampung menggunakan pengangkutan itu untuk menyeberangi sungai yang tiba-tiba terputus dan menyebabkan 10 maut selepas terhumban ke gaung,” kata pegawai penyelamat tempatan, Muhammad Farooq kepada AFP.

Bagaimanapun kemalangan membabitkan pengangkutan cara lama itu sering berlaku di kawasan pergunungan negara itu.

Sebelum ini, nahas yang sama berlaku pada bulan lalu di daerah Diamer dan menyebabkan empat terbunuh

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 June 2017 10:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: