Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kad Khas pekebun mudahkan bantuan kerajaan

13 FEB : Kad Pekebun Kecil (SIC) yang memanfaatkan 473,773 pekebun sawit dan getah di seluruh negara melalui pelbagai program bantuan kerajaan dilancarkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

shafieapdal1Kad khas untuk pekebun berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) membolehkan kerajaan membantu merancang pembangunan masyarakat luar bandar menerusi pelbagai bantuan kewangan, latihan dan perkhidmatan.

Pemegang kad juga melayakkan mereka menerima bantuan khairat kematian sebanyak RM 2,000.

Pada majlis itu, Mohd Shafie turut menyampaikan watikah pelantikan 372 Pemaju Masyarakat RISDA.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 3:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: