Kategori Ekonomi

Kadar OPR dijangka meningkat jika inflasi tinggi

19 FEB: RAM Ratings mengunjurkan inflasi utama negara akan susut kepada 2.5 peratus didorong sumbangan lebih rendah daripada komponen pengangkutan.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu berkata inflasi pengangkutan berkemungkinan besar tidak akan mengulangi trajektori pertumbuhan dua angka seperti tahun lalu, tanpa kesan asas rendah daripada harga runcit minyak.

“Inflasi makanan mungkin akan meningkat lebih pantas tahun ini berikutan penggunaan lebih kukuh dan kesan limpahan daripada semakan tarif gas yang meningkat.

“Kami meneliti beberapa kesan dalam komponen ‘makanan luar dari rumah’, dengan penghapusan sebahagian subsidi minyak pada akhir 2016,” kata ketua penyelidiknya, Kristina Fong.

Sementara itu, RAM Ratings menjangkakan inflasi utama pada Januari susut kepada 2.9 peratus berbanding 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Inflasi yang lebih sederhana itu disebabkan sumbangan pertumbuhan yang lebih rendah oleh bahan api pengangkutan, di tengah-tengah kesan asas tinggi daripada tahun sebelumnya.

Pada masa sama, agensi itu menjangkakan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Januari akan kekal berada pada paras itu sepanjang tahun ini.

“Ini berpandukan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih sederhana dan inflasi, masing-masing sebanyak 5.2 peratus dan 2.5 peratus pada 2018.

“Walaupun kami tidak menjangkakan pergerakan menaik untuk OPR, tindakan akan datang BNM dijangka akan bergantung kepada data.

“Kenaikan kadar mungkin akan dilaksanakan sekiranya pertumbuhan KDNK terus meningkat dan risiko inflasi semakin tinggi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 February 2018 5:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: