Kategori PRK DUN Kajang N25

Kajang boleh jadi anak angkat Kem. Perumahan

19 MAC: Kajang akan dijadikan “anak angkat” oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi pilihanraya kecil itu pada 23 Mac.

“Jika Mei Fun menang, saya akan meletakkan Dewan Undangan Negeri Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang sebagai agenda utama dan anak angkat kepada kementerian,” kata Menteri berkenaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

primakjg1Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika kunci Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) kepada 20 penduduk Kampung Bukit Dukung, di Kajang, Selasa malam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Latuff Ahmad.

Rahman turut mengumumkan kementeriannya akan membina 16 ribu projek perumahan rakyat tahun ini yang melibatkan kos RM1.04 billion.

Sementara itu katanya, sejumlah RM300 juta telah disediakan untuk skim MyHome yang mana kementerian primakjgmemberikan subsidi Rm30 ribu kepada pembeli yang ingin membeli rumah mampu milik.

Katanya untuk tahun ini 10 ribu unit rumah berkenaan akan dibina.

Sementara itu Ahmad berkata kerajaan telah menerima   68,605 permohonan untuk RMR1M dan daripada jumlah itu 33,779 telah diluluskan.

Katanya daripada itu 28,599 unit rumah telah siap dan pembeli rumah berkenaan ditawarkan subsidi RM20 ribu bagi setiap unit. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 10:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: