Kategori PRK DUN Kajang N25Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kajang ukur kemampuan PR ke Putrajaya

1 MAC: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah penting bagi Pakatan Rakyat (PR) dan tidak boleh dipandang enteng kerana ia dianggap kayu pengukur sama ada pakatan pembangkang itu mampu menewaskan Barisan Nasional (BN), seterusnya meneruskan impian menduduki Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Hadi berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan AMK bagi PRK N25 DUN Kajang, Jumaat malam.

Hadi berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan AMK bagi PRK N25 DUN Kajang, Jumaat malam.

Demikian dikatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap di Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi PRK Kajang di di Padang Rekreasi Taman Mesra, Jumaat malam.

Beliau turut melihat PRK Kajang ini sangat bermakna memandangkan ia bakal menjadi medan untuk menyampaikan mesej kepada BN.

Abdul Hadi dan PAS dilihat terpaksa menelan pahit dan kelat dalam menyokong kempen PKR serta calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana penyelesaian kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS itu hanya akan diumumkan oleh Anwar sekembalinya beliau dari Jepun.

Manakala matlamat Ketua Umum PKR itu mahukan kerusi menteri besar Selangor sudah menjadi ‘open secret‘ (rahsia terbuka)  yang sudah dicanang Anwar termasuk di media antarabangsa walau itu tidak disenangi PAS.

Manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumat malam juga membuat pengumuman mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, dua hari selepas membelakangkan Anwar selaku penasihat ekonomi negeri ketika menandatagani MoU penyelesesaian kemelut bekalan air di Selangor dengan Kerajaan Pusat pada Rabu.

Semua itu, mengundang kenyataan berbeza dikeluarkan pimpinan sebuah lagi parti sekutu dalam PR – DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail di atas satu pentas ketika melanjarkan Bilik Gerakan AMK di PRK DUN Kajang, Jumaat malam.

Kit Siang tidak hadir menyertai Abdul Hadi dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail ketika pelancaran Bilik Gerakan AMK di PRK DUN Kajang, Jumaat malam.

Melalui satu kenyataan pada Jumaat, Penasihat parti berkenaan Lim Kit Siang berkata musuh sebenar Anwar dalam PRK Kajang bukannya BN tetapi ialah dalam kalangan PR sendiri.

Beliau merujuk kepada perbalahan yang wujud dalam PKR serta PR sendiri yang Anwar menjadi ketuanya di Dewan Rakyat.

“Musuh-musuh sebenar Anwar bukan calon MCA-BN, tetapi PR-PKR yang berlaku perpecahan dan perbalahan dalam parti.

“Di Kajang kita yang hanya menjadi penghalang kepada kekalahan di atas kehendak kita sendiri,” kata Kit Siang yang tidak kelihatan bersama Hadi dan Wan Azizah pada pelancaran bilik gerakan AMK di Taman Mesra.

DAP hanya diiwakili Ketua Pemuda Sosialis DAP Malaysia (DAPSY), Teo Kok Seong.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 March 2014 1:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: