Kategori Berita Utama

Kajian semula persempadanan tetap dibentang Rabu

27 MAC: Laporan kajian semula persempadanan tetap dibentangkan di Dewan Rakyat, esok kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sesiapa sahaja berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing termasuk mengatakan laporan itu sebagai subjudis.

Katanya, perkara mengenai subjudis hanyalah perbezaan pendapat.

“Pendapat saya lain, subjudis ini kadang-kadang terpakai kepada sesetengah perkara kerana kalau subjudis terpakai kepada kes seperti ini bermakna Dewan Rakyat tidak boleh buat apa-apa pun.

“Bagi saya biarlah Parlimen buat kerja, mahkamah buat kerja dan eksekutif buat kerja masing-masing,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari Komanwel 2018 anjuran Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA) bersama Parlimen Malaysia di bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini beberapa ahli parlimen pembangkang menggesa laporan persempadanan semula tidak dibentang di Parlimen kerana ia subjudis memandangkan terdapat dua kes melibatkan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang masih berjalan.

Dalam pada itu, Pandikar menegaskan, beliau tidak akan menarik balik penggantungan selama 10 hari terhadap tiga ahli parlimen DAP.

Malah, beliau Datuk Nga Khoo Ham (Beruas), V Sivakumar (Batu Gajah-DAP) dan Nga Kor Ming (Taiping) tidak perlu di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Kesalahan yang dilakukan mereka “jelas”.

Yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia bercakap kepada media selepas merasmikan Commonwealth Day 2018 Parliament of Malaysia CPA Malaysia di Parlimen

“Mereka hina Dewan (Rakyat), menghina Speaker, menghina Majlis. Di mana-mana sahaja mereka sebut, sama.

“Menyedihkan saya apabila setiap wakil rakyat parlimen ini, tak ambil peduli kepada etika sebagai ahli Yang Berhormat. Mereka selalu meletakkan agenda politik mereka dulu,” kata Pandikar.

Sementara itu dalam ucapan, Pandikar memaklumkan Sambutan Hari Komanvel 2018 anjuran Parlimen Komanvel cawangan Malaysia (CPA) berkata sambutan tersebut adalah sebagai satu simbol hubungan yang mudah dan bebas dalam kesatuan antarabangsa.

Tambahnya CPA juga adalah satu bentuk hubungan kerjasama di antara semua negara terlibat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2018 4:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: