Kategori Berita Antarabangsa

Kakitangan AS di Zimbabwe diminta berlindung dalam rumah

15 NOV: Duta Amerika Syarikat di Zimbabwe mengarahkan semua pekerja untuk berada dalam rumah berikutan ketidakpastian politik yang sedang berlaku,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi mengenai rampasan kuasa berlaku di Zimbabwe.

Askar-askar negara itu telah ditempatkan di seluruh ibu kota Harare dan bangunan stesen televisyen negara itu, ZBC telah dikuasai tentera selepas Presiden Robert Mugabe, ketua parti pemerintah Zanu-PF mendakwa ketua tentera melakukan pengkhianatan.

Ketika ini tentera Zimbabwe telah mengambil alih ibu pejabat penyiar kebangsaan Zimbabwe, ZBC.

Letupan juga telah dilaporkan di ibu negara, Harare, tetapi puncanya tidak jelas.

Ketua tentera negara itu, Jeneral Constantino Chiwenga telah mencabar Robert Mugabe selepas Presiden Zimbabwe itu memecat naib presiden.

Jeneral Gen Chiwenga berkata, tentera bersiap sedia untuk bertindak untuk membersihkan parti Mugabe, Zanu-PF.

Ketegangan dibangkitkan lagi pada hari Selasa apabila kenderaan berperisai dilihat mengambil kedudukan di jalan raya di luar Harare, walaupun tujuannya tidak diketahui.

Sesetengah kakitangan di ZBC diusir apabila tentera mengambil alih pejabat mereka di Harare, kata sumber kepada Reuters.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 10:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: