Kategori Berita Utama

Kalau DAP sudah salah, ikut sahaja peraturan

10 JULAI: “Belum perintah dah degil, tak nak ikut peraturan, itu belum jadi pemerintah. Saya ingatkan kalau DAP jadi pemerintah, nauzubillah,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya tiada siapa pun dalam negara ini dikecualikan daripada sebarang peraturan.

“Malah UMNO juga pernah mengalaminya, tapi kita ikut peraturan dengan menubuhkan UMNO baharu dan berdaftar melalui Jabatan Pendaftaran Syarikat (RoS).

“Saya harap DAP ikut peraturan dan jangan berdegil,” kata Ismail Sabri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Kemajuan Masyarkat (KEMAS) di Pusat Kegiatan Kampung Seri Batu, Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, RoS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) susulan pemilihan pada 2013 dianggap tidak sah.

Bagaimanapun, penasihat parti itu, Lim Kit Siang dilaporkan menyalahkan Barisan Nasional serta mendakwa terdapat unsur sabotaj terhadap partinya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berharap rakyat Malaysia membuka mata terhadap sikap sebenar parti rasis itu yang disifatkan angkuh serta enggan mengaku kesilapan sendiri.

“Belum apa-apa, DAP sudah menunjukkan belang sebenar dan rakyat patut sudah faham untuk menolak mereka dalam PRU akan datang.

“Telah saya katakan dahulu, Kit Siang ini seorang diktator, dan dia ingat dia sentiasa betul, kalau dah salah ikut sahajalah peraturan dan arahan RoS itu,” tegasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 July 2017 7:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: