Kategori Berita Utama

Kalau kroni UMNO, kenapa Azmin bayar juga?

6 MAC: Tan Sri Noh Omar mempersoal tindakan Menteri Besar Selangor yang menyalahkan UMNO dalam isu tanah peneroka Ijok.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia adalah kenyataan tidak masuk akal kerana kerajaan negeri itu membayar pampasan tinggi kepada pemaju tersebut dalam penyelesaian luar mahkamah.

Beliau berkata demikian sebagai membidas Azmin kerana membuat tuduhan kononnya syarikat yang terlibat dalam isu tanah di Ijok adalah kroni UMNO walhal kerajaan negeri yang membayar kepada kedua-dua syarikat yang pada awalnya tanah mereka itu sudah dilucut hakmilik selepas kalah kes di mahkamah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Noh Omar bercakap pada sidang media berkenaan isu rumah PPR di Parlimen

“Kalau syarikat kroni UMNO kenapa dia (Azmin) pergi tolong?” kata beliau semasa ditemui di Parlimen, Selasa.

Dua syarikat itu yang dibayar pampasan kerajaan Selangor ialah Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCDN Develoment Sdn Bhd yang mana Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan mempunyai jawatan tinggi dalam syarikat itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya perjanjian dibelakang sehingga Azmin sanggup menyebelahi pihak pemaju dan menekan rakyat di Ijok.

“So mana baki 700 juta? Siapa yang dapat? Rumah baru, mana baru nya?

“Rumah contoh pun tak ada, tapak pun tak tahu dekat mana, jadi ini semua gara-gara nak lebihkan kepada developer nak menekan rakyat, sebab ada deal di belakang sebab nk pilihan raya umum ni,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tampil mendedahkan sebuah syarikat guaman yang dimiliki pemimpin PKR dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilantik dalam penyelesaian skandal tanah Ijok.

Selain itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To Choong juga mempertikai langkah tersebut kerana menimbulkan pelbagai persoalan yang masih gagal dijawab sehingga sekarang.

Choong turut membangkitkan persoalan sama ada firma guaman dilantik itu ada memaklumkan kepada semua peneroka bahawa tanah mereka akan dijual kepada dua syarikat pemaju terbabit dengan harga RM1.18 bilion, yang mana golongan berkenaan hanya mendapat RM300 juta, manakala bakinya adalah milik pemaju terbabit.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamed Azmin juga didesak menjelaskan isu tanah bernilai RM1.18 bilion yang dijual kepada dua syarikat pada tahun 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu dibuat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 3:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: