Kategori Berita Utama

Kalimah Allah: Teguran Anwar ‘dibakul sampah’ ADUN DAP

6 JAN: Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang nampaknya tidak mempunyai sebarang makna dan tiada nilai bagi ‘anak-anak buahnya’ dalam pakatan pembangkang, khususnnya DAP.

Jawatan Anwar itu barangkali boleh disifatkan hanya pada nama tetapi seolah tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh kerana tidak dihormati.

Pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin bertegas mempertahankan pendiriannya sebelum ini yang mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 atau lebih dikenali sebagai Enakmen 1988 dipinda dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan datang sekalipun ditegur Anwar.

Yeo Bee Ying ADUN DAP Damansara Utama mempertahankan pandangannya mahu Enakmen 1988 dipinda sebagai pandangan peribadi.

Yeo Bee Ying ADUN DAP Damansara Utama mempertahankan pandangannya mahu Enakmen 1988 dipinda sebagai pandangan peribadi.

“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat. Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu (agar Enakmen 1998 dipinda),” kata Yeo dipetik sebuah portal pro-pembangkang, Isnin.

Yeo bersama ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran pada Jumaat mengeluarkan kenyataan mencadangkan Enakmen 1988 dipinda supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan ekoran tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan merampas 351 naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban di premis Pusat Bible Malaysia (PBM) Khamis lalu.

Teguran Anwar selaku Ketua Pembangkang supaya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jangan gopoh mengeluarkan kenyataan tidak ada nilai.-Grafik oleh Beruang Biru.

Teguran Anwar selaku Ketua Pembangkang supaya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jangan gopoh mengeluarkan kenyataan tidak ada nilai.-Grafik oleh Beruang Biru.

Anwar yang mungkin sedar kesan buruk kenyataan sedemikian kepada pakatan pembangkang lantas membidas tindakan tiga ADUN DAP Selangor itu yang disifatkannya mengeluarkan kenyataan gopoh.

“Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan ADUN DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh (JAIS membuat serbuan), kita juga jangan beri pandangan gopoh.

“Jangan gopoh minta pindaan dan sebagainya kerana ada saluran, kita kena bincang, kerajaan negeri pula kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Sebuah lagi parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat, PAS juga hari ini mengeluarkan kenyataan sependapat dengan Anwar dengan mengingatkan rakan pakatannya supaya tidak tergopah-gapah menyatakan pendirian berhubung konflik kalimah Allah.

“Kita setuju dengan kenyataan Anwar, rakan PR di Selangor tidak perlu tergopoh gapah membuat keputusan terhadap isu kalimah Allah itu,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di ibu pejabat PAS Isnin.

Bagaimana agaknya Anwar pening kepala jika selaku perdana menteri semua menterinya bebas keluarkan kenyataan atas alasan pandangan peribadi?

Bagaimana agaknya Anwar pening kepala jika selaku perdana menteri semua menterinya bebas keluarkan kenyataan atas alasan pandangan peribadi?

Mungkinkah sikap ADUN berkenaan tidak menghormati teguran Anwar yang dinobatkan sebagai ketua ini adalah petanda awal Anwar dianggap hanya pemimpin boneka yang menunggu  masa untuk diTURUNkan.

Pada Ahad, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Syed Husin Ali dalam ucapannya di Centre for Reform berkata adalah menjadi kewajipan untuk mengggulingkan pemimpin yang sudah tidak betul, termasuk Anwar dan beliau sendiri.

“Kalau lihat pemimpin sudah tidak betul, kita wajib gulingkan mereka. Kalau Anwar tidak betul pun kita gulingkan,” kata Syed Husin.

Apa guna Anwar menjawat jawatan sebagai bos besar pakatan pembangkang jika anak buahnya sanggup menyanggah secara terbuka teguran beliau?

Bagaimana agaknya Anwar mahu mengawal ‘jemaah menteri’ andaikata berjaya menjadi Perdana Menteri jika beliau bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ – ada atau tidak tiada siapa yang kisah?-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2014 9:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: