Kategori Berita Utama

Kalimah Allah: Pembangkang kekal pendirian

Pembangkang mengekalkan pendirian sebelum ini  bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan pada Isnin melarang akhbar Gereja Katolik The Herald  menggunakannya.

Dalam sidang akhbar bersama untuk mengumumkan pendirian DAP,PKR dan PAS itu, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa pakatan  sentiasa konsisten dalam menangani isu tersebut dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan disalahertikan.

RESAH...antara ratusan orang ramai yang berhimpun di luar Istana Kehakiman di Putarajaya bagi mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan

A.antara ratusan orang ramai yang berhimpun di luar Istana Kehakiman di Putarajaya bagi mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan kes Kalimah Allah baru-baru ini.

“Oleh yang demikian kami menyeru masyarakat agar bertenang sehingga segala proses perundangan berhubung isu ini diselesaikan,” ujarnya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, pada Khamis.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang.

Anwar berharap tidak ada mana-mana pihak yang mengeksploitasikan isu ini untuk membangkitkan sentimen mana-mana kaum atau agama.

Anwar juga menegaskan tidak perlu kepada mana-mana pihak yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan menghentam pandangan pihak lain yang berbeza.

Ini termasuklah, katanya, pandangan yang disuarakan oleh bekas mufti Johor.

Anwar merujuk kepada pandangan yang disuarakan oleh Datuk Noh Gadut yang berkata sesiapa yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan itu boleh disifatkan sebagai murtad.

Malah kata Anwar, ulamak terkenal dunia, Yusof al-Qardhawi sendiri menegaskan yang kalimah Allah tidak eksklusif hanya untuk umat Islam.-17/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 October 2013 11:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: