Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kalimah Allah: Sultan mahu rakyat Selangor patuh

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat di negeri Selangor khasnya, tanpa mengira agama dan keturunan akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Baginda menegaskan bahawa semua rakyat di negeri Selangor perlu patuh terhadap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah membincangkan isu berkaitan dengan tuntutan penganut agama Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah.

“Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain.

sultanselangor1

Sultan Sharafuddin Idris Shah

“Kedudukan agama Islam di Malaysia telah didaulatkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama bagi Persekutuan dan mempunyai kedudukan istimewa,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Dewan diRaja Selangor, Khamis.

Keputusan dicapai setelah Sultan Selangor berunding dengan Dewan diRaja Selangor Selangor yang bersidang pada 11 November yang lalu.

Justeru itu, baginda meminta penggunaan kalimah Allah di dalam Bible dan juga penerbitan Herald versi Bahasa Melayu dihentikan serta-merta.

“Ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut-penganut agama lain dalam agama mereka,” tegas baginda.

Baginda turut menasihatkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjadikan kalimah Allah ini sebagai agenda politik mereka kerana ianya melibatkan akidah umat Islam.

“Adalah ditegaskan bahawa isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan jerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini,” titah baginda. -14/11/201

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 November 2013 6:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: