Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kamalia Ibrahim masuk PAS

16 APRIL: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamalia Ibrahim disahkan menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.

Permohonan beliau diluluskan Jawatankuasa Harian PAS yang bermesyuarat di Pulau Pinang semalam yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.

Pada April 2013, bekas EXCO Perak itu meletak semua jawatan dalam UMNO untuk bertanding secara bebas dalam PRU13 di Parlimen Kuala Kangsar.

Laporan pada masa itu menyebut beliau dikatakan kecewa kerana tidak terpilih untuk bertanding kerusi parlimen sebaliknya hanya ditawarkan kerusi DUN Bukit Chandan.

Kamalia (foto) bagaimanapun hanya memperolehi 447 undi dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan calon PAS dan BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: