Kategori Berita Utama

Kami tak buka pintu rundingan, kata PAS

13 SEPT: PAS menafikan bahawa mereka sudah memberikan lampu hijau kepada pimpinan negeri tertentu untuk mengadakan perbincangan pembahagian kerusi dengan PKR dan PPBM sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.

Sebaliknya, Ketua Penerangannya, Idris Ahmad yang menegaskan bahawa partinya tetap dengan pendirian untuk tidak mengadakan rundingan dengan parti yang bersekongkol dengan DAP sekalipun terpaksa berhadapan pertembungan tiga penjuru pada pilihanraya umum.

“Kenyataan itu tidak benar, kita tidak berbincang banyak tentang hubungan dengan parti-parti lain.

“Kita jelas bahawa tidak ada hubungan dengan DAP dan PAN. Begitu juga dengan parti komponen lain Pakatan Harapan yang lain,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Idris  mengulas satu laporan yang dipetik daripada The Malaysian Insight hari ini yang mendakwa PAS pusat memberi kebenaran kepada pemimpin peringkat negeri untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan PKR dan PPBM.

Laporan itu juga menyebut kononnya PAS memutuskan demikian pada minggu lalu dalam satu permukiman pimpinan tertinggi parti Islam itu di Pulau Pangkor, Perak yang dihadiri Presiden dan Mursyidul Am parti.

Parti Islam itu sebelum ini sudah memuktamadkan untuk menutup terus pintu rundingan dengan PPBM dan PKR.

Pada bulan lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan juga mencapai kata sepakat untuk tidak bekerjasama dengan PAS, walaupun PKR dilihat berusaha masih berusaha untuk mengadakan rundingan dengan parti Islam itu sekurang-kurangnya di Selangor.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 8:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]