Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kami tidak gentar dengan Anwar

26 MAC: Kerajaan Sarawak membenarkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negeri ini untuk berkempen bagi calon parti pembangkang itu Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil Balingian Sabtu ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata ini kerana “kami tidak gentar dengannya.”

“Kami benarkan beliau masuk, bukan kerana kami gentar dengannya,” kata beliau sambil menegaskan bahawa 13,366 pengundi berdaftar di kawasan itu, yang terdiri daripada suku kaum Melanau, Iban, Cina dan lain-lain, tahu siapa Anwar sebenarnya.

N51 BalingianBeliau berkata demikian pada majlis bersama rakyat di Rh. Kumbong di Ulu Bedangan di Mukah, Selasa.

Anwar dijadualkan melawat sebuah rumah panjang Iban di sini hari ini sebelum berucap pada majlis ceramah di bandar ini malam ini.

Jumaat lalu, Adenan mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak akan menghalang orang luar “yang taksub dengan agama, bersifat perkauman dan pembuat kacau lain” daripada memasuki negeri ini bagi memelihara keharmonian dan perpaduan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

BN meletakkan Yussibnosh Balo sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan manakala PKR menamakan Abdul Jalil Ujang sebagai calon parti itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 12:20 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: