Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kanak-kanak dan wanita pencuri terlatih diburu

18 JAN: Seolah dalam filem, tapi itulah hakikat kejadian sebenar seorang kanak-kanak perempuan dikesan telah memberi isyarat kepada wanita yang datang bersamanya untuk melarikan diri selepas dia berjaya mendapatkan berlian dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang pada jam 4.07 petang Khamis lalu.

Kehilangan berlian berlian RM5.2 juta itu hanya disedari kakitangan galeri emas itu dilakukan kanak-kanak dan wanita berkenaan selepas meneliti rakaman CCTV.

Gambar kedua-dua suspek yang dirakam ketika mereka berada di galeri emas itu di Bukit Bintang Khamis.

Gambar kedua-dua suspek yang dirakam ketika mereka berada di galeri emas itu di Bukit Bintang Khamis.

Polis kini sedang giat memburu kedua-dua mereka yang dipercayai anggota sebuah sindiket mencuri warga China yang melatih wanita dan kanak-kanak mencuri.

Galerik emas di Bukit Bintang yang berpangkalan di London itu mempamerkan emas dan berlian yang merupakan pilihan orang kenamaan dari serata dunia.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, polis mengesahkan bukti mengenai aktiviti mencuri itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan berikutan itu seorang perempuan warga China dikesan sebagai ketua sindiket.

“Kami akan meningkat usaha untuk mengesan sindiket terbabit dan kami juga telah bersedia dengan gambar suspek yang merupakan petunjuk untuk mengesan mereka,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, ketua sindiket tersebut memainkan peranan penting dengan ahlinya yang licik apabila berjaya melarikan cincin bernilai jutaan ringgit itu dalam beberapa minit selepas memasuki galeri berkenaan.

Kedua-dua suspek melarikan diri sebaik sahaja berjaya mencuri berlian bernilai RM5.2 juta

Kedua-dua suspek melarikan diri sebaik sahaja berjaya mencuri berlian bernilai RM5.2 juta

“Kami telah melakukan pemeriksaan di hotel berdekatan selain mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu untuk mengesan suspek,” kataya.

ACP Khairi berkata, tindakan sindiket itu menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti jenayah merupakan sesuatu yang membimbangkan.

“Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menyalurkan maklumat di balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negara ini apabila terdapat kumpulan tempatan dikesan pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu ketika mereka berpura-pura membeli barangan kemas.-bnbbc.my

Kanak-kanak yang dilatih hingga cekap untuk mencuri oleh sindiket berkenaan.

Kanak-kanak yang dilatih hingga cekap untuk mencuri oleh sindiket berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 January 2014 2:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: