Kategori Berita Antarabangsa

Kanak-kanak hampir maut tercekik gajet ‘fidget spinner’

18 MEI: Seorang ibu berdepan detik cemas selepas anak perempuanya berusia 10 tahun hampir maut selepas tercekik gajet ‘fidget spinner’.

Lapor CNN, Kelly Rose Jonies berkata dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan tiba-tiba terdengar anak perempuannya, Britton, 10 seperti tercekik di tempat duduk belakang kereta.

Dia mendapati anak perempuannya itu tertelan salah satu daripada gelung besi pada ‘fidget spinner’ dan cuba mengeluarkan dari mulut anaknya.

Kelly kemudian membawa anaknya ke klinik berdekatan.

Doktor bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti dimana objek itu terperangkap sehinggalah kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital kanak-kanak Texas.

Ujian imbasan Xray mendedahkan logam berbentuk bulat itu tersekat pada kerongkong kanak-kanak itu.

“Britton dibawa untuk pembedahan bagi mengesan dan mengeluarkan objek.

Gambar hiasan permainan ‘fidget spinner’.

“Mujurlah, hasilnya positif tetapi saya berasa agak bimbang akan keadaanya bukan sahaja kebimbangan mengenai komposisi dan struktur objek serta risiko anestesia,” kata Kelly.

Dia juga memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap gajet yang menjadi fenomena di seluruh dunia.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2017 5:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: