Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kanak-kanak jatuh tingkat 7 pangsapuri meninggal dunia

15 JAN: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Setia Alam, pagi tadi, meninggal dunia petang ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima laporan kanak-kanak itu yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), meninggal dunia pada jam 5.18 petang.

“Bedah siasat akan dijalankan esok ,” katanya seperti dilaporkan media malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, ketika kejadian dipercayai hanya mangsa tinggal berdua bersama adik lelakinya di rumah keluarga mereka di pangsapuri berkenaan.

Bapa mereka berusia lingkungan 40-an ketika itu keluar menghantar tiga lagi abang mangsa ke sekolah berdekatan.

Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu selepas pulang ke rumah apabila mendapati anaknya tiada sebelum memeriksa dan menemui anaknya terbaring di bawah pangsapuri dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2018 10:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: