Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kanak-kanak mati lemas dalam parit

30 JUN: Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas di tali air berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun di Pendang semalam.

Farisha Afrina, setahun 10 bulan ditemui tertiarap di dalam parit itu pada jam 6.30 petang selepas dua jam kehilangannya disedari ahli keluarga.

Menurut bapanya, Mohd Fadhlisham Che Me, 39, beliau mendapat panggilan telefon daripada adik iparnya yang memaklumkan bahawa anaknya tiada di rumah ketika hujan lebat.

Dia kemudian bergegas pulang dan mengesyaki anaknya jatuh ke dalam parit di tepi rumah dan segera melakukan pencarian bersama penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, mangsa dijumpai sudah tidak bernyawa semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan .

“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Mayat kanak-kanak itu di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 June 2017 9:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: